Sunday, October 25, 2009

Happy Birthday Mama!

Happy Birthday to you. my great Mama!


My luvly mama (pn yati) with my luvly daughter (auni)

Mama.


Wishing you all the best in the year to come,
May your days be filled with sunshine and beautiful colors,
And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.

Happy birthday to an awesome mom and a great friend too.
You are the best mom in the world!


Me,

Tuesday, September 29, 2009

Aidilfitri '09

Alhamdulillah, semua umat islam telahpun selamat menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin. Mohon maaf zahir dan batin di atas segala salah dan silap dan halalkan makan dan minum k...



Bercerita tentang aidilfitri tahun ni, ni merupakan tahun kedua aku merayakan aidilfitiri sebagai seorang isteri dan tahun pertama sebagai seorang ibu. Sangatla mengujakan. Untuk tahun ni 1st raya aku beraya di Temerloh, Pahang (mestila ikut giliran kan???).. hehe... dan tahun ni jugak sume adik beradik aku ade berkumpul bersame.. cam biasala kalo dah sume ade tu memangla gamat suasana... walaupun adik beradik aku ni x ramai.. tp suara2 lantang kitorg ni dah cukup untuk membuatkan umah aku bergema.. harharhar!..

Pagi raya tu seawal pukul 6 pg, kitorg dah bangun tuk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan sesi bermaaf-maafan sambil menghulurkan duit raya. Pastu aktiviti makan2 dan juga sembahyang raya. Sesudah sembahyang raya, sesi bergambar dan juga kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara. Sehari suntuk gakla beraya.. penat pon ye gak.. tp nila masenye nak mengunjungi sanak saudara.. ye tak??? Esoknye aku bergerak pulang ke ampang.. balik umah mertua la plak kan.. hehehe... begitula cerita raya aku pd tahun ni... sekian sahaja.. tata...


Me,

Friday, September 25, 2009

Happy Birthday Adik!

Erm, hampir terlupe aku nak publish post ni... ucapan hari lahir ni aku tujukan khas buat adik aku, Nurul Ayshiqin Bt Mohd Rozali sempena hari lahirnya yang ke 17 thn, 22 September 2009!


Adik,
Keep shining like a candle...
Keep blooming like a flower...
Wish you the happiness and bless from Allah

Me,

Kek oh Kek!

Adala satu hari tu, tetibe je adik aku bitau aku...

Ifie: Angah, kawan aku nak order kek coklat raya ni, 2 biji.

Aku: Hah?? Erm tengokla kalo sempat nanti. Maklumla aku ni dah ader anak. Agak bz sket la.. haha

Ifie: Okla, 2 biji tu die nak bayar RMXXXXXXX.....

Aku: Uih, banyaknye! huhu.. tp xpela...kek coklat kan.. barang2 mahal. kite buatla cantik2 sket.. sesuai dgn harga yg die bayar tu...

Ifie: Ok, nanti aku confirmkan ngan die yer..

Gitula lebih kurang bait2 perbualan antara aku ngan adik aku, fifie...

Dan masa yang ditunggu pon tibe... Sehari sebelum hari raya tu aku dah bz buat kek coklat yg ditempah... Dan lihatlah hasilnya.. berbaloi kot ngan ape yg dibayar.. hehehe.. so tahun dpn bolelah order lg yer.. ekekeke...


Aku namakan kek ni.. Kek Coklat Strawberi

Nampak mcm sedap.. tapi ntahla yer.. huhu...

Me,

Sunday, September 13, 2009

Ala.... Tag lagi!

Ala.. tag lagi. Bilela agaknye aku nak post n3 cerita ceriti plak kan... asyik jawab tag je.. huhu!

TAG MAKAN2 RAYA

1. Suka Memasak??
erm.. sangat suke.. tp lepas kawen jd malas plak memasak.. hahaha!

2. Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah (2jenis)
ahahah.. rasenye banyak dah aku masak.. tp x taula yg mane yg spesel.. ahaks!

3. Makanan istimewa yang anda suka waktu raya? Kenapa? (2jenis)
suke gile akan kuah lodeh + sambal kacang yg ma aku masak.. yg ma aku masak je ekh.. sebb ma aku masak mmg best.. xde sapela bole lwn.. tu mmg makanan feveret.. pergh, meleleh!

4. Kuih raya kegemaran anda dan si dia?
tat nenas + london almond + popia mini = sume ni buat sendiri by aku...

5. Tayang sket gambar masakan dari anda. hehe.ho ho ho.
hahaha.. kalo aku tayang gambar ni.. mesti ade org bengang.. huhuhu..
p/s: to ifie, jgn marah ha!


Monday, August 31, 2009

FIfie Lagi!

1. Nama timangan anda

:. angah .:

2.Anda seorang yang

:. kreatif .:

3.Lagu feveret

:. iris .:

4. Makanan kegemaran

:. mama punye masakan.. especially ikan patin masak tempoyak n sambal petai.. nak request mase raye nti..:-p .:

5.................-->sila tanya hua sheng...

:. apeka? .:

6. Warna kesukaan

:. pink... lembut oi .:

7. Benda yang mesti ada dalam beg

:. handphone, purse, kamera, kunci rumah .:

8. Kali terakhir anda menangis

:. semasa 40 hari berpantang .:

9. Sikap yang buat anda strezz?

:. sikap yang mengade2 .:

10.Tag 6 rakan anda

:. adik .:

:. ifie .:

:. adik .:

:. ifie .:

:. adik .:

:. ifie .:

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Kembali Lagi!


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Selamat tinggal Syaaban dan selamat datang Ramadhan. Awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya pembebasan dari api neraka. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan. InsyaAllah.


Me,