Sunday, October 25, 2009

Happy Birthday Mama!

Happy Birthday to you. my great Mama!


My luvly mama (pn yati) with my luvly daughter (auni)

Mama.


Wishing you all the best in the year to come,
May your days be filled with sunshine and beautiful colors,
And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.

Happy birthday to an awesome mom and a great friend too.
You are the best mom in the world!


Me,

Tuesday, September 29, 2009

Aidilfitri '09

Alhamdulillah, semua umat islam telahpun selamat menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin. Mohon maaf zahir dan batin di atas segala salah dan silap dan halalkan makan dan minum k...



Bercerita tentang aidilfitri tahun ni, ni merupakan tahun kedua aku merayakan aidilfitiri sebagai seorang isteri dan tahun pertama sebagai seorang ibu. Sangatla mengujakan. Untuk tahun ni 1st raya aku beraya di Temerloh, Pahang (mestila ikut giliran kan???).. hehe... dan tahun ni jugak sume adik beradik aku ade berkumpul bersame.. cam biasala kalo dah sume ade tu memangla gamat suasana... walaupun adik beradik aku ni x ramai.. tp suara2 lantang kitorg ni dah cukup untuk membuatkan umah aku bergema.. harharhar!..

Pagi raya tu seawal pukul 6 pg, kitorg dah bangun tuk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan sesi bermaaf-maafan sambil menghulurkan duit raya. Pastu aktiviti makan2 dan juga sembahyang raya. Sesudah sembahyang raya, sesi bergambar dan juga kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara. Sehari suntuk gakla beraya.. penat pon ye gak.. tp nila masenye nak mengunjungi sanak saudara.. ye tak??? Esoknye aku bergerak pulang ke ampang.. balik umah mertua la plak kan.. hehehe... begitula cerita raya aku pd tahun ni... sekian sahaja.. tata...


Me,

Friday, September 25, 2009

Happy Birthday Adik!

Erm, hampir terlupe aku nak publish post ni... ucapan hari lahir ni aku tujukan khas buat adik aku, Nurul Ayshiqin Bt Mohd Rozali sempena hari lahirnya yang ke 17 thn, 22 September 2009!


Adik,
Keep shining like a candle...
Keep blooming like a flower...
Wish you the happiness and bless from Allah

Me,

Kek oh Kek!

Adala satu hari tu, tetibe je adik aku bitau aku...

Ifie: Angah, kawan aku nak order kek coklat raya ni, 2 biji.

Aku: Hah?? Erm tengokla kalo sempat nanti. Maklumla aku ni dah ader anak. Agak bz sket la.. haha

Ifie: Okla, 2 biji tu die nak bayar RMXXXXXXX.....

Aku: Uih, banyaknye! huhu.. tp xpela...kek coklat kan.. barang2 mahal. kite buatla cantik2 sket.. sesuai dgn harga yg die bayar tu...

Ifie: Ok, nanti aku confirmkan ngan die yer..

Gitula lebih kurang bait2 perbualan antara aku ngan adik aku, fifie...

Dan masa yang ditunggu pon tibe... Sehari sebelum hari raya tu aku dah bz buat kek coklat yg ditempah... Dan lihatlah hasilnya.. berbaloi kot ngan ape yg dibayar.. hehehe.. so tahun dpn bolelah order lg yer.. ekekeke...


Aku namakan kek ni.. Kek Coklat Strawberi

Nampak mcm sedap.. tapi ntahla yer.. huhu...

Me,

Sunday, September 13, 2009

Ala.... Tag lagi!

Ala.. tag lagi. Bilela agaknye aku nak post n3 cerita ceriti plak kan... asyik jawab tag je.. huhu!

TAG MAKAN2 RAYA

1. Suka Memasak??
erm.. sangat suke.. tp lepas kawen jd malas plak memasak.. hahaha!

2. Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah (2jenis)
ahahah.. rasenye banyak dah aku masak.. tp x taula yg mane yg spesel.. ahaks!

3. Makanan istimewa yang anda suka waktu raya? Kenapa? (2jenis)
suke gile akan kuah lodeh + sambal kacang yg ma aku masak.. yg ma aku masak je ekh.. sebb ma aku masak mmg best.. xde sapela bole lwn.. tu mmg makanan feveret.. pergh, meleleh!

4. Kuih raya kegemaran anda dan si dia?
tat nenas + london almond + popia mini = sume ni buat sendiri by aku...

5. Tayang sket gambar masakan dari anda. hehe.ho ho ho.
hahaha.. kalo aku tayang gambar ni.. mesti ade org bengang.. huhuhu..
p/s: to ifie, jgn marah ha!


Monday, August 31, 2009

FIfie Lagi!

1. Nama timangan anda

:. angah .:

2.Anda seorang yang

:. kreatif .:

3.Lagu feveret

:. iris .:

4. Makanan kegemaran

:. mama punye masakan.. especially ikan patin masak tempoyak n sambal petai.. nak request mase raye nti..:-p .:

5.................-->sila tanya hua sheng...

:. apeka? .:

6. Warna kesukaan

:. pink... lembut oi .:

7. Benda yang mesti ada dalam beg

:. handphone, purse, kamera, kunci rumah .:

8. Kali terakhir anda menangis

:. semasa 40 hari berpantang .:

9. Sikap yang buat anda strezz?

:. sikap yang mengade2 .:

10.Tag 6 rakan anda

:. adik .:

:. ifie .:

:. adik .:

:. ifie .:

:. adik .:

:. ifie .:

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Kembali Lagi!


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Selamat tinggal Syaaban dan selamat datang Ramadhan. Awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya pembebasan dari api neraka. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan. InsyaAllah.


Me,

Tuesday, August 18, 2009

Baby Hairclip...:-)...

Huhu.. agak lama dah aku x cerita-ceriti dlm blog aku ni.. maklumla.. berpantang and lg satu bz jage anak.. ahaha.. tu baru sorg anak.. kalo ramai ntahla... :-p

Alkesahnye aku nak bercerita la sket.. pasal tajuk n3 aku ari ni.. walaupon aku dlm pantang.. tp sempatla gak aku ni berinternet.. maklumla.. ibu moden.. kate zaman moden.. hahaha.. asal anak aku tido je... cepat je aku bangun ngadap komputer..

Ntah cemane.. aku belek2 la web CraftZone Malaysia.. tetibe aku terjumpe satu blog ni.. babypinkcraft.. dan dgn lajunye tangan aku mengklik kat blog tu.. huh.. amazing!.. terjumpe aku akan banyaknye crafty things yg sgt cantik.. pergh! teruja aku sekejap dgn kreativiti tuan punye blog, miss abby sue.. aku telek punye telek punye telek.. aku mmg tetiap hari bukak blog babypink tu.. last sekali dah xleh tahan.. aku buatla order.. huhuhu... sementelah bb aku girl..ha lg besar la bijik mate aku ni.. rambang mate nak pilih.. nasib die ade bitau hairclips tu sesuai untuk toddler atau bb.. kalo die x tulis mau aku order semua agaknye.. hahaha... dasat kan!... ha buat kgkawan yg ade bb girl tu jomla lawat website nih.. xpon klo nk wat hadiah pon ok... jom, tgk gambar2 yg aku paparkan kt bwh ni...

Bungkusan yg aku tunggu2... akhirnye tiba jua! hikhikhik....

Antara hairclips yg aku order... cantik kan!

Hehehe... bb auni bergaya dgn hairclip barunye!

So, sesiapa yg berminat lehla lawat blog ni... babypinkcraft.. memang korg akn teruja dan akan membelinya.. hehehe!


Me,




Tuesday, August 11, 2009

Tagged dari Fifie la pulok!

1. The phone rings. What is your ring tone?
:. wonderpets..huhu .:
2. Did you go anywhere yesterday?
:. x g memane pon.. pasal tgh dlm pantang .:
3. Who was the last person you shared beds with?
:. my mum n of course my luvly daughter, ony .:
4. Favorite drink?
:. barli .:
5. Does the person you like know that you like them?
:. of course la tau .:
6. Last time you talked to your mom?
:. pg tadi.. bgtau banyak semut api kat karpet .:
7. Where are you right now?
:. kat depn laptop... jawab soklan tag ni la... .:
8. If you HAD to kiss the last person you kissed, would you?
:. of course la .:
9. Favorite gadget in the kitchen?
:. microwave.. haha... .:
10. Favorite pie?
:. almond pie...:-) .:
11. How is your hair?
:. pendek giler! baru je potong semalam .:
12. Where's the last place you walked to?
:. kedai hardware teck huat.. beli bekas ikan ma.. :-p .:
13. Last time you had a sleepover?
:. ptg semalam.. penat sgt .:
14. Latest you stayed up in the past week?
:. rase2nye tiap2 malam stay up... anak nangis.. uwaaaa .:
15. What are you doing?
:. tgh jawab tagged ni ler .:
16. Have you been in a car accident?
:. pernah sekali.. org langgar bontot kete aku!.. huh... .:
17. What is the last thing you said aloud?
:. fie.. amekkan air mandi anak aku.. hahahaha... .:
18. Who's the 1st person on your missed calls list?
:. FP Maaris.. huh! menyemak je... .:
19. What did the last text message you received say?
:. tembamnye... nape muke merah2 tu.. from my lovely hubby .:
20. Last time you went to church?
:. aku nih org islam le.. mane de g church.. g masjid ye la!...
21. Story behind your MySpace song?
:. ade myspace... tp x pernah pon bukak.. hahaha.. .:
23.Wallet?
:. brand carlo rino .:
24.Eyes?
:. rabun.. tapi x nak pakai spek.. hikhikhik .:
25.Life?
:. sangat bahagia dgn my hubby and also my bb .:
WHAT ARE YOU:
26.Doing this weekend to come?
:. majlis cukur jambul auni .:
27.Wearing?
:. tshirt, kain batik n stokin... pantang le katekan .:
28.Wanting?
:. duit gaji from my bos .:
29.Listening to?
:. bunyi kipas .:
30.What do you smell?
:. bau nasi tgh masak .:
31.Do you sleep naked?
:. idak le kot .:
32.Do you like seafood?
:. of course! .:
33.Do you remember your dreams?
:. yes! to have my dream car.. the new Honda City .:
34.Do you consider yourself a study freak?
:. no lah... just study smart .:
35.Do you speak another language other than English?
:. yup.. bahasa melayu .:
36.What did you do last night?
:. tidokan my baby .:
37.What do you hate?
:. org yg suka menipu .:
38.Orange or apple juice?
:. orange juice .:
39.Who were the last people you went out to lunch with?
:. erm... xde kot .:
40.Last thing you ate?
:. chocolate cake yg aku buat... :-) .:
* huh! penat giler jawab soklan tagged ni...

Sunday, August 9, 2009

Tagged dari adik ngokngek!


1.apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri ?
:. baju untuk auni .:

2.apakah benda penting dalam hidup kamu ?
:. keluarga .:

3.dimanakah tempat impian perkahwinan kamu ?
:. taman bunga.. tp dah kawen pon.. buat kat umah je .:

4.berapa lama hubungan kamu berkekalan ?
:. insyaAllah sampai ke akhir hayat .:

5.adakah anda sedang dilamun cinta ?
:. of course! .:

6.dimanakah restoren terakhir kamu makan malam ?
:. dah lame sangat x makan luar.. sbb tgh dlm pantang .:

7.namakan buku terakhir yg kamu beli ?
:. mami & baby .:

8.apakah nama penuh kamu ?
:. nurul akmar binti hj mohd rozali .:

9.kamu lebih senang dengan ayah atau mak ?
:. dua2 pon ok .:

10.namakan seseorang yg ingin kamu jumpa dalam hidup kamu ?
:. my hubby.. megat jasrul izmar b jasmi .:

11.sebutkan 8 nama paling rapat dengan kamu ?
:. megat jasrul izmar b jasmi .:
:. puteri auni adryana bt megat jasrul izmar .:
:. mohd rozali b ismail .:
:. norhayati bt sarif .:
:. nurul ain bt mohd rozali .:
:. nurul afifi bt mohd rozali .:
:. nurul ayshiqin bt mohd rozali .:
:. nurul qistina bt kamarul endra .:

12.adakah kamu mencuci pakaian sendiri ?
:. buat masa ni TIDAK! haha .:

13.anda ingin seseorang dalam hidup anda ?
:. sure.. my hubby! rindu sama kamu! .:

14.kata yang anda ingin ucapkan ?
:. abg.. miss u so much! .:

15.tempat yang paling seronok anda nak pergi ?
:. bukit gambang waterpark.. hahahaha... .:

16.8 perkara yang amat saya gilai ?
:. shopping .:
:. cupcakes .:
:. camera .:
:. handbags .:
:. shoes .:
:. crafty things .:
:. baju baby .:
:. pink .:

17.pelukan atau ciuman ?
:. kedua2nya...:-p .:

18. 8 perkataan yang sering diucapkan ?
:. dowh .:
:. peng .:
:. ala bucuk2 .:
:. sayang ibu ni .:
:. auni la sayang .:
:. wei .:
:. ngokngek la ko ni .:
:. ........ .:
19.8 buah buku yang baru dibaca ?
:. remaja .:
:. mingguan wanita .:
:. katalog avon .:
:. rasa .:
:. buku resepi .:
- 5 je la.. pasal x sempat bace lebih.. nak jage anak lg... -

20.8 lagu yang selalu saya dengar ?
:. zikir munajat - astro oasis .:
:. cebisan kenangan - amar .:
:. dan sebenarnya - yuna .:
:. isabella - search .:
:. rindu terhenti - tomok .:
:. i'm yours - jason mraz .:
:. cahaya cinta - siti nurhaliza .:
:. kau aku - aizat .:

Friday, July 17, 2009

Welcome!

Welcome to the new world!

Puteri Auni Adryana Bt Megat Jasrul Izmar
Rabu, 08/07/2009
2.40 am
Hospital Sungai Buloh, Selangor


Alhamdulillah.. segala penantian berakhir...
Semoga Auni menjadi anak yang baik dan solehah!

Puteri Auni Adryana... Permata hati ayah dan ibu!


Me,


Saturday, July 4, 2009

It's A Final Countdown!

Hari ni dah 4hb July 2009.. maknenye kalo ikutkan due bb akan kua esokla...
05hb July 2009....
tp nape sampai skang x terase lg sakitnye..
erm.. baby.. janganla lambat sgt ye kua dari prot ibu..
kalo bole ikutla time yg betul ye..
mudah2an sume urusan dipermudahkan.. insyaAllah.. Amin!


Me,

Friday, July 3, 2009

Hobi Baru!

Ni lah hobi baru hubby aku! RC Drift Car... huhuhu... tetiap hari cakap ngan aku nak beli kete tu.. aku ye kan aje.. tau2 satu hari tu bawak balik je RC Drift Car ni.. xpela.. duit die pon.. dolu mase kecik2 x dpt.. hehehe... sampai aku pon ternganga2 kalo tengok hubby modified kete die.. huh! Penangan tol!

Sangat khusyuk ok!
Sampai aku kat sebelah pon x ditolehnye! huhu...

Hampir siap!

Nissan FairladyZ
x dapat yg btol2 punye.. yg ni pon jadikla! hihihihi..




Me,

Monday, June 29, 2009

Jom Senam Jom!

Petang tadi aku ngan fifie telah melakukan satu senaman.. hehehe.. nak tau senaman ape.. jom nengok gambar2 ni..

fifie yg sedang mencabut rumput...
aku?? nengok je dari jauh..
mak buyung x larat nak cabut rumput tu.. hahaha...


hah.. siap dah separuh!
tinggal lg separuh je fie..
chaiyok! chaiyok!

Ni lah hasilnye..
2 guni lalang!... hahaha..
nampak sangat belakang umah aku tu penuh ngan lalang..

Tempoh masa yang diambil tuk bersihkan 3/4 kawasan belakang tu ade dlm 1 jam setengah.. peluh yg kua dlm sebaldi kot.. hahaha... esok petang sambung bersihkan sket lg.. huhu


Me,

Tuesday, June 23, 2009

Tag by En Kusai....

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja

1. Bekas kekasih saya adalah :
sangat ramai... hahaha! ader lebih kurg 3 org gitu..eh 3 tu ramai ke? bolela kot..

2. Saya sedang mendengar :
iklan kartun kat TV

3. Mungkin saya patut :
masak sekarang.. sebb dah pukul 1.30.. nanti baby dlm prot lapar plak!

4. Saya suka :
pink!, cupcakes, PSP, ish banyakla... x terkata...

5.Sahabat-sahabat baik saya :
adalah seorang yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kawan2nya

6.Saya tak paham :
kenapa adenye perasaan hasad dengki dlm diri setiap org..

7.Saya kehilangan :
wat masa ni rasenye blom hilang ape2 lg...

8.Saya seorang yang:
kreatif... huhuhu...

9.Makna nama saya :
cahaya bulan

10.Cinta itu adalah :
bahagia dan bukan terseksa..

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
bekerja...

12.Saya akan cuba :
merajinkan diri untuk bersenam... turunkan berat bdn.. hahaha

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
lama sangat.. kekal... huhuhu.. forever and ever!

14.Telefon bimbit saya :
ada atas kerusi sana

15.Bila saya terjaga dari tidur :
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lg bernyawa dan terus menunaikan solat subuh

16.Saya paling meluat apabila :
kawan x menghargai kawan..

17.Pesta/Parti adalah :
untuk kita enjoy.. release tension.. tp jgn disalahguna yer!

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
x pasti.. kurg berminat dgn binatang.. hehehe...

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
25.. sebb target nak kawen umur ni tercapai!

20.Hari ini :
selasa

21.Malam ini saya akan :
tonton drama suria kasandra

22.Esok pula saya akan :
ke klinik.. weekly check up..

23.Saya betul-betul inginkan :
duit... wargh!

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
alhamdulillah.. masih ade 2 biji mata, satu hidung, satu mulut.. hahaha

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat membeli belah... i like shopping.. yeah!

26.Makanan Barat atau Jepun :
barat

27.Bilik yang terang atau gelap :
gelap

28.Makanan segera adalah :
makanan yg cepat dimasak

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
cerita ape ni weh?

30.Siapa yang anda mahu Tag?
kengkawan la...

sekian terima kasih.



Me,

Monday, June 22, 2009

Perkembangan Minggu 37 - 40

Bayi anda boleh mendengar, merasa dan bau. Bayi anda hampir bersedia untuk dilahirkan dan kiraan bermula dari sekarang. Tarikh anda hanyalah menjadi panduan, jadi bersedia untuk 2 minggu awal. Paru-paru bayi anda suda mula untuk bernafas, dan pendengaran menjadi tepat, namun penglihatannya akan terbentuk selepas dilahirkan. Anda akan menjadi tidak selesa pada saat ini. Anda mungkin akan mengalami Braxton Hicks dan serviks anda sedang terbuka dan menjadi nipis apabila tarikh sudah hampir. Apabila plak mukus yang menutup serviks longgar, anda akan lihat darah dan ini biasanya petunjuk untuk anda mula bersalin.

* Info dipetik dari Majalah Mami & Baby, Jun 2009.

Aku yang menghitung hari....
Akan ku tunggu
Detik tiba saat itu
Akan ku tunggu

Me,

Sunday, June 21, 2009

Jemput - jemput Bilis Fifie!

Huhu... aku saje je nak letak entri pasal jemput-jemput ni... actually ade sehari tu aku teringin sgt2nye nak makan jemput-jemput bilis.. aku nak buat terasa sgt malasnye.. so aku suruh la adik aku tolong buatkan.. sesekali 'buli' die ape salahnye kan..kan..kan...

So die pon sediakanla bahan2nye.. aku dok kat depan tengok tv sambil menunggu jemput-jemput tu siap.. hahaha.. sorilah fie yer.. aku x berdaya.. kuikuikui... agak lame gakla aku menunggu... sekali aku p dapur.. aku tengok die tengah get ready nak menggoreng ni.. then aku tanyela die.. kenapa likat je tepungnya.. x cair pon.. maklumla.. aku biasa buat cair.. rupe2nye die ade care die yg tersendiri... so aku malas la nak campur2 keje org ni.. aku biarkan je la die menggoreng sendirian.. huhuu...

X lame lepas tu.. nah jemput-jemput siap.. pergh! kecur air liur aku.. nak tau sedap ke x? pergh mmg marvellous! x sangke aku die lg pandai buat jemput2 dr aku.. chaitt!.. hasil jemput2nye ade di bawah.. silala tatap yer!...

Jemput2 Bilis Fifie!
Pergh! Marvellous seh....


Me,

To My Dad.. Tuan Haji Mohd Rozali Bin Ismail

free myspace graphics :: myspace images :: myspace pictures free myspace layouts


Abah...
You're one in a million and that's why today so many warm wishes are coming your way!
Happy Father's Day!


Me,

Wednesday, June 17, 2009

Check up... Check up... :-)

Semalam adelah hari aku kene pegi hospital sg buloh untuk buat weekly check up.. Mcm biasa aku gerak awal pg.. sebb biasala.. smlm mmg turn org2 spesis aku yg pegi buat check up tu... erm sampai kat spital area kol 9.00 pg.. padahal aku nye appointment kol 11.30... hahaha... Justify Fullsampai kat kaunter pendaftaran.. die suh aku tunggu sebb aku nye appointment tu kol 11.30.. adoi sabo je la.. Die suh aku dtg balik situ kol 10.30.. erm aku pon ape lg.. pegila cr port yg sesuai tuk melepak ngan adik aku...

Dalam area kol 10.10 tu aku pon pegila ke kaunter pendaftaran tu.. tunggula sket.. and then area kol 10.30 tu die panggil no aku... setelkan pendaftaran dan bayaran.. then aku pon terus masuk ke klinik O&G.. masuk dlm tu amek no lain plak.. aku dpt 2054.. no skrg ialah 2014..adoi lame la lagi nak tunggu.. mcm biasa cek air kencing... pastu die panggil aku tuk cek jantung baby... aku pegila belakang.. cek jantung baby.. huhuhu.. siap bole terlelap aku... hahaha...

Then dlm kol 2 camtu barula no aku dipanggil... alamak! doc laki lagi.. sabo je la aku... cek punye cek punye cek.. doc kate.. ok kepala baby u dah ke bawah.. boleh bersalin secara normal.. air ketuban cukup.. uri da ke atas.. jantung bb ok... alhamdulillah..lege ati aku dgr.. skang ni kirenye aku tunggu ari je la... ader lg 2minggu lebih je ni.. huhuhu.. hopefully sumenye selamat...


Me,

Qistina & Uncle

Malam isnin lepas akak aku ader dinner ngan suami die.. so die tinggalkan la anak die ngan aku tuk dijaga sebentar sementara die ber'dinner' tu.. huhu... die sampai kat umah aku area kol 7 ptg camtu la... erm sampai2 je... 1st soklan yang ditanye dkt adik aku yg fifie tu ialah...'mak de.. mak su mane?' adoi la haaaaaaaaaa... tanyela kitorg ni siht ke dak.. ni tanye adik aku yg bongsu tu mane.. eee... x sesuaiii... hahaha... maklumla die sgt rapat dgn mak su die.. sbb tu selalu akan tanye mak su die je.. chait!!!

Pastu mlm tu kitorg lepak2 tgk tv.. smbil berborak2.. tetibe die tanye..'mak ngah... uncle mane?'.. pastu aku tanye die... kenape tanye uncle.. jawab die.. 'cina nak ajak uncle main bola la'.. huhuhu... die mmg rapat jugak ngan uncle die.. tunggu punye tunggu uncle balik.. uish.. terus main bola.. main lukis2... kirenye xder dah la pandang aku ngan adik aku ni...

Tengah berborak berdua ngan uncle die.. tetibe die ternampak kotak PS3... dan2 die ajak uncle die main game.. huhuhu.. uncle pon layankan ajelaa... kuikuikui.. ni ha gambar uncle ngan cina tgh main game.. betapa baiknye mereka berdua.. huhu...



wah... khusyuknye mereka!...


lah.. main game boxing upenye....


Me,

Monday, June 15, 2009

ABC owh ABC!

Phewww! Meleleh seh... jumaat lepas aku ngan ajak adik aku g shah alam... semate nak g kedai tenaga TNB tuk setelkan masalah bil letrik umah aku yg terlebih bayar ni.. huhu... tp yg sebenarnye tujuan utama aku pergi shah alam tu semate nak makan ABC Pegaga.. haha!

Gerak dari umah je dah kol 12 tengahari.. hoh time makan lah pulaknye... so sampai shah alam area 12.30 la.. 1st tempat yg dituju seksyen 2.. dah lapo.. prot pon dah berkeroncong.. sampai2 tengok kedai sementara yg ade dpn wet world tu dah roboh... erk! mane plak g kedai2 ni sume.. and then teringat plak aku akan pembinaan kedai2 dkt uitm tu..so aku terus je la g kat situ.. pergh! terperanjat aku tetibe nampak kfc.. huhu... dasyat la.... then aku terus cari parking.. dah mmg rezeki... samapi terus dpt parking.. hehehe.. then aku mule berpk2.. nak makan nasi ke ABC dulu.. kang makan nasi kenyang xleh makan ABC plak.. tp kalo makan ABC x mkn nasi susah gak.. dahla lapo nasi ni.. so aku pk punye pk punye pk.. tanye adik aku.. kesimpulannye makan nasi la dulu.. tu lg utama... ABC tu kalo x larat nak mkn leh bungkus.. hehehe... so aku makanla nasi dolu..tp keinginan tuk makan ABC tu membuak2... aku mmg xleh tahan.. siap je mkn nasi.. aku terus pegi cr kedai ABC Pegaga!.. huh... nasib ade lg kedai tu.. maklumla.. seingat aku dah 3 tahun aku meninggalkan UiTM tu.. maknenye hampir 3 tahun jugakla aku x makan ABC Pegaga.. fuh satu tempoh yang agak lame tu..

sampai je dpn kedai ABC Pegaga tu.. aku terus je nengok menu die.. erm.. walaupon dah lebih 3 tahun aku x makan ABC tu.. tp harge tetap same... cayalah! aku pon orderla 'Chocolate Nuts ABC' dan kongsi bersame adik aku.. Pergh! meleleh2 coklat die.. hahaha... so kat bawah ni aku selitkanla satu gambar ABC tu.. nak tangkap bebanyak malu plak org pandang.. hahaha...



'Chocolate Nuts ABC'
Pergh! Meleleh beb.. sedap x hingat!


Me,

Wednesday, June 10, 2009

El Nino Kembali Lagi!

KUALA LUMPUR - Kemerosotan kualiti udara yang menyaksikan cuaca mula berjerebu di beberapa kawasan dianggap petanda awal kedatangan fenomena El-Nino mulai Ogos ini.

Berdasarkan pemantauan Jabatan Meteorologi Malaysia, El-Nino sudah terbentuk ekoran cuaca panas dan kering semasa musim Monsun Barat Daya, namun kekuatannya hanya dapat dikenal pasti mulai Ogos ini.

Serentak dengan itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mahu beberapa langkah pencegahan diambil termasuk mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka yang kini meningkatkan jerebu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan akhbarnya semalam telah mengambil beberapa langkah awal membentuk kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan sebagai persediaan awal.

"Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan telah diadakan 23 Februari dan 8 Jun lalu untuk memastikan semua agensi kerajaan bersedia menghadapi fenomena ini,'' jelasnya.

Selain itu, pihak kementerian turut melakukan pemantauan udara dengan kerjasama Unit Udara Polis Diraja Malaysia dan syarikat penerbangan swasta untuk mengesan pembakaran terbuka di beberapa kawasan berisiko seperti Selangor, Pahang dan Johor.

*Info dipetik dari Kosmo Online, 10 Jun 2009

Huhu.. nampaknye el nino bakal menyerang kembali.. huh skang ni pon dah terase kepanasannye.. makin bertambah panasla dunia ni.. tp ape bole buat.. ni baru panas dunia.. hehehe...

Me,

Gugu Gaga Erra


Erm malam td tepat je pukul 9.. aku bukakla astro ria.. semate2 nak nengok rancangan gugu gaga erra... hehehe... nak tau gak ape la cite disebalik rancangan ni.. erm... tengok punye tengok punye tengok.. kesimpulan yg dpt aku buat... bagus jugakla rancangan ni.. die menceritakan pengalaman erra daripada sebelom melahirkan anak sehinggalah selepas melahirkan anak... tu baru 1st episod.. tunggu lg la episod yg seterusnye.. huhuhu... aku ajak gak hubby aku nengok rancangan ni.. memandangkan dua2 xde pengalaman lg kan dlm menyambut cahayamata.. kurg2 rancangan ni ble dijadikan panduan.... tp.. x layannye dek hubby aku.. die dok sibuk main PS3 dlm bilik die.. huahuahua...dah abes rancangan tu baru die kua tanye aku pasal rancangan tu... adoyai... huhuhu...

Me,

Tuesday, June 9, 2009

You Are 21st Today!

To Fifie,

You're the wonderful sister and a special friend too
That's why this wish comes with affection for you
And also this greeting is coming today
Hope laughter and happiness fill your special day
Happy 21st Birthday to you!
Semoga panjang umur, murah rezeki dan sukses dalam setiap apa yg diceburi..
May Allah bless u always k!


Me,

Monday, June 8, 2009

0128809382

Erm.. aku saje je letak no tepon tuh.. psalnye aku geram sgt dgn pemilik no telefon seperti yg tertera di atas.. huhu.. da beberapa kali die miskol aku.. kalo siang ari xpe jugak.. ni memalam bute time aku tengah tido.. biasa area 2-3 pagi.. mengganggu tidur aku je... dolu die miskol aku jarang sedar... tp ntah mcm mane.. mlm td die miskol aku bole tersedar.. aku rase tu bukn miskol.. die mmg call.. pasalnye lame bebeno.. sampai abesla lagu aku tu.. memule aku malas gak nak layan.. tp kalo sampai dah mengganggu tido aku.. hangin jugakla... aku tengok die miskol area kol 2.30 camtu.. memule aku x layan.. kali ke 3 die call aku pon reject la call die... gile ke tepon org time tengah tido... kalo mak ayah aku ke, adik beradik aku yg call ke.. xpe la lagi.. mgkin la ade emergency kan... and then pas aku reject call tu die bole anta msg kat aku... msgnye berbunyi begini...

'aku taw dah ang pakai line.bye'

hak ena! motif?????? aku pon ape lg.. kejutkan hubby aku... suh die bace sms tu... pastu hubby aku kate mesti die igt aku pakai kredit... huh.. nak cilok kredit aku la tu.. ello beb! kalo rase xde duit.. x payah la nak pakai telefon... campak je dlm sungai!.. aku ingt pas dah anta msg tu die stop.. alih2 die miskol lg... aku geram.. aku tutup tepon aku.. abes citer.. mengganggu tido aku je.. huhuhu...

Me,






Sunday, June 7, 2009

Kema @ 36 weeks!

kema @ 36 weeks

gemuknya aku!

Trimester ketiga - 33 hingga 36 minggu.

Kepala bayi seharusnya ke bawah di dalam uterus dan bersedia (namun jika ianya kehamilan yang pertama, ini mungkin sukar terjadi). Berat bayi kini lebih kurang lima paun. Jika lahir pada ketika ini, bayi akan berjaya diselamatkan, namun akan menghadapi masalah untuk bernafas dengan sendirinya, kerana paru-parunya masih belum matang. Pada ketika ini, anda akan sukar bernafas kerana kandungan akan menekan paru-paru. Saiz uterus akan menggangu postur anda, dan tidur malam akan menjadi kesukaran.


* Info dipetik dari Majalah Mami & Baby, Jun 2009

Erm.. anak ibu.. sabar ye.. tunggu dah btol2 matang baru keluar. Biarlah anak ibu ni keluar dgn keadaan yang sihat yer...


Me,