Tuesday, June 2, 2009

Selamat Pengantin Baru Dan Tahniah!

Musim cuti sekolah kembali lg. Ini bermakna musim kahwin kembali jugakla kan. Ramai gakla kawan2 yang mengambil peluang untuk melansungkan perkahwinan mereka. Aku start dapat jemputan dari kengkawan minggu lepas lagi. Tapi malangnya semua jemputan x dpt aku penuhi diatas faktor keadaan kesihatan diri yang sedang sarat dan faktor jarak. Jutaan terima kasih aku ucapkan sebab sudi jemput aku ke majlis kahwin korang semua.

Sekalung tahniah dan selamat melangkah ke alam perkahwinan aku tujukan khas buat sahabat-sahabatku :-

1) Zaihana & Ahmad Tarmizi pada Sabtu, 30hb Mei 2009, Kuala Pilah, N9. Zaihana merupakan kawan sekursus aku semasa menuntut di UiTM Jengka, Pahang.

2) Dazihayu & Muhamad Farid pada Sabtu, 30hb Mei 2009, Temerloh, Pahang. Dazihayu ni kawan mase sekolah menengah dan kami sama2 aktif berpersatuan. Join Renjer Puteri dan die merupakan Pengerusi dan aku Setiausaha nya.

3) Noor Hafizzan & Nor Azmi pada 31hb Mei 2009, Kuantan, Pahang. Pijan ni merupakan kawan kepada roommate aku mase diploma dulu iaitu Cik Syalwa. Walaupon dah lame lost contact ngan Pijan ni tp die still ingat aku... huhuhu... Thanks eh..

4) Nurfaidah & Samsir pada 6hb Jun 2009, Temerloh, Pahang. Uwaaaaaaaaaaa... yang ni aku paling sedih x dpt pegi majlis die. Pasalnye faidah ni merupakan kawan baik aku semenjak dari sekolah menengah sampaila sekarang. Banyak yg dikongsi bersama faidah ni. Tp malangnya time die kawen aku x dpt nak dtg. Erm maaf bebanyak faidah. Koi sentiasa mendoakan kebahagiaan awak yer... Mudah2an berkekalan sehingga ke akhir hayat!

5) Sharia Nursiha & Shanoriman pada 13hb Jun 2009, Klang, Selangor. Seha ni merupakan kawan sekelas semasa menuntut di UiTM Shah Alam. Kalo aku berdaya insyaAllah sampaila ke majlis seha ni. Huhuhu....

Ampun maaf dipinta kerana tidak dapat menghadiri jemputan korang semua. Semoga perkahwinan yang baru dibina kekal sehingga ke akhir hayat dan diberkati oleh Allah S.W.T serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. InsyaAllah. Tahniah buat semua dan selamat pengantin baru. Terima kasih di atas jemputan korang k...


Selamat Pengantin Baru!

0 comments:

Post a Comment